Aku Nak VIRAL Bengkel Melayu Ni Biar Semua Orang Tau! Aku Nak Repair Power Window Je Pun, Tapi Ni Pulak Yang Aku Dapat…



Pada zaman sekarang ni,kereta bukanlah satu kehendak tapi boleh dikatakan sebagai keperluan bagi setiap keluarga.Paling penting kereta dapat memudahkan urusan kita jika hendak ke satu tmpat ke satu tempat yang lain,lebih-lebih lagi pada jarak yang jauh.
Paling penting bila sudah memiliki kereta penjagaan berkala perlu di titikberatkan supaya kereta dapat berfungsi dengan baik.Tapi biasalah ada kala kereta akan “meragam” minta tuannya untuk buat servis tambahan.

Begitulah jugak kisah yang dikongsikan oleh saudara Hamdan Abdul Manan yang mengalami kerosakan “power window” pada kereta beliau.Jom Ikuti kisah beliau


A portrait of windows controls and adjustments. Car window controls
“Aku nak viral bengkel melayu ni biar semua org tahu apa yang aku alami. Semalam aku hantar kete kat bengkel ni untuk repair power window yang tak function. Bengkel ni nampak sebok banyak kereta dan pomen tu cakap tak sempat siap sebab dah lewat.
Aku terpaksa tinggalkan kereta dekat bengkel sebab power window dah turun tak mau naik semula. Takut kena banjir bila hujan turun terpaksa aku balik rumah naik grab.
Arini aku datang bengkel tengok diorang dah bg barai pintu kereta aku. Pastu pasang balik siap semua pomen terus bagi kunci kerete kat aku. Dah siap katanya. Aku tanya berapa kos?
MasyaAllah dia cakap, TAK PAYAH BAYAR.a.k.a PERCUMA Takde apa yg rosak dan diganti, pomen tu cakap cuma wayar switch longgar dan dia pasang balik bagi ketat jer.
Kalau kedai lain kompom kena PAW paling kurang 30-40 hengget sebab buang masa dia buat kerje, upah PARKING satu malam dalam bengkel lagi. MashaaAllah terbaik bengkel kereta Ni.So Aku menyeru Tolong la support bengkel orang kita, masih ada lagi yang jujur diluar sana.


Ni lokasi bengkel yang saya maksudkan.
FZ Auto Pro Servis
4, Jalan Utama 2/12, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
03-8068 5479
https://maps.app.goo.gl/G21SP
Berilah Duit Pada Mak Ayah Walaupun Sedikit, Kesannya Rezeki Melimpah, Hati Lebih Tenang & Hidup Tambah Berkat
Pagi Jumaat penuh barakah ini aku nak berkongsi satu kisah benar. Kisah yang seorang kawan baik aku sampaikan sendiri pada aku. Tentang keberkatan duit dan hidup.
Aku namakan kawan aku ini Alang saja.
Alang kerja kerajaan. Namun bukanlah gred besar. Bukan tahap degree, master atau yang lebih tinggi. Lulusan diploma sahaja.
Tahun pertama dia kerja, sedikit duit gaji disisihkan untuk mak dan ayahnya. Padahal masa tu, gajinya tak sampai pun seribu. Dia hantar rm100 sebulan. Rm50 untuk ibu, rm50 untuk ayah. Begitulah rutinnya setiap bulan. Walau mak ayah dia bukan orang miskin, namun tetap dia hantar juga. Malah, pencen ayah dia sendiri 4x ganda lebih mahal dari gaji dia.
“Aku tak mampu beri banyak. Sedikit pun aku tetap kirim juga. Bukan sebab mereka nak duit aku. Mereka tak minta pun.
Tapi aku nak mereka rasa juga hasil titik peluh aku. Selama ini, mereka tanggung aku. Sekarang, aku dah kerja. Aku nak mereka rasa juga. Lagi pun, kalau ikut adat, umur mereka berapa lama sahaja lagi. Berapa lama sahaja lagi mampu aku berbakti dan menghargai.”
Itu yang Alang sering ucap bila orang tanya kenapa dia masih kirim duit setiap bulan pada ibu dan ayahnya kerana ayahnya boleh dikatakan seorang yang berada juga.
Rasa kehidupan semakin sukar.
Sampai satu masa, Alang kahwin. Bebanan hidup berkeluarga mula dia rasa. Sewa rumah tidak lagi dikongai dengan rakan bujang, semua atas bahu dia. Segala bil-bil, ansuran kereta, bebanan pinjaman peribadi dan sebagainya; dia kena fikir dan lunaskan. Meski pun isteri Alang pun bekerja, namun kehidupan memang agak sukar memandangkan kos sara hidup yang tinggi.
Sejak itu, Alang mula berhenti kirim duit pada ibu dan ayahnya. Dia mula fikir tentang keluarga sendiri, tambah-tambah isterinya mula mengandung. Makin banyak nak guna duit. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu. Walau gajinya dan isteri sentiasa meningkat setiap tahun, namun bebanan kewangan makin lama makin berat. Anak-anak makin bertambah, bebanan hutang pun begitu juga.
Alang bukan lupa nak kirim duit pada mak ayahnya, dia nak tunggu kewangan dia stabil dulu. Namun tak pernah stabil, makin merosot adalah. Gaji bersih dia hanya tinggal 3 angka sahaja selepas tolak semua bebanan. Sedangkan gaji kasar dia masa tu dah melebihi RM3000. Dengan baki tiga angka itulah dia nak survive sebulan di kota raya. Memang tenat la kan?
Sehinggalah suatu hari, dia renung dalam diri. Bermonolog sendirian.
‘Kenapa hidup aku sukar. Makan cukup-cukup sahaja. Baru ada lebih sikit, banyak pula benda perlu guna duit. Aku dulu, walau gaji kecil tetapi tidak rasa setenat ini. Tidak rasa sesesak ini walau masa tu gaji tak sampai seribu. Agaknya dulu hidup aku lebih berkat. Agaknya berkat aku istiqomah kirim duit pada orang tua.’
Alang nekad, biar dia makan nasi lauk kicap sekali pun, dia akan kirim duit belanja pada ibu dan ayahnya di kampung. Walau ibu dan ayahnya tidak meminta-minta, walau kehidupan ibu dan ayahnya jauh lebih senang dari dia. Alang nekad kirim duit seratus untuk ibu, dan seratus untuk ayahnya setiap bulan. Gaji bersih dia selepas kirim duit belanja pada orang tuanya hanya sekitar RM700 sahaja.
Awalnya, si ayah menolak. Dia tahu anaknya sesak. Lagipun, pencen dia sendiri tak habis nak makan. Anak-anak lain lagi kirim duit belanja.
Tapi Alang mendesak.
“Ayah. Ibu. Terimalah duit Alang. Biarlah sedikit, biar pun duit ayah ibu jauh lebih banyak dari duit Alang, namun Alang nakkan keberkatan hidup. Rasa dan gunalah duit hasil titik peluh Alang,” katanya pada kedua orang tua.
Bertahun-tahun lamanya dia tidak mengirim duit. Semenjak dia kahwin dan punya keluarga.
Kononnya sebab untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga pun semput-semput. Namun kali ini dia tekad, semput pun dia nak juga kirim.
Walau duitnya tidak banyak, malah terkadang terpaksa berhutang sementara tunggu gaji masuk, hidup Alang terasa makin tenang. Terasa keberkatan hidup mula muncul sebaik mengirim semula duit belanja kepada orang tua.
Apa-apa masalah yang tidak dijangka, yang tidak mampu dia selesaikan memandangkan duit poket pun tidak cukup, Allah hantar orang lain bantu. Motornya rosak orang lain bagi pinjam tanpa diminta. Masalah tempat kerja, ada sahaja datang bantu selesaikan.
Beberapa bulan selepas istiqomah kirim duit belanja pada ibu ayah, rezeki Alang mula mencurah. Satu demi satu idea dan lubang buat duit seolah terhampar di depan mata. Allah buka lubang rezeki lain sebaik sebahagian duit gajinya diberi pada ayah dan ibu. Rezeki yang berganda-ganda mula masuk. Di situ Alang dapat rasa dengan jelas betapa berkatnya mengirim duit belanja pada ibu dan ayah.
Rezeki datang tanpa diduga.
“Cikgu. Aku dulu selalu sangka bila kirim duit pada ibu ayah aku akan makin sempit. Maklumlah gaji kecik. Namun jika kita ikhlas, jika terus menyantuni orang tua, sebenarnya hidup kita lebih berkat. Yang sempit itu Allah lapangkan. Yang sukar itu Allah mudahkan. Rezeki yang jauh itu Allah dekatkan.
Janganlah sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu dan ayah itu menjadi beban pada kita. Jangan! Kira-kira Matematik pasti menunjukkan duit kita makin berkurangan, namun kira-kira Tuhan melalui keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza.
Jika masih ada orang tua, kirimlah duit belanja buat mereka walau mereka itu jutawan sekalipun. Bagi mereka rasa walau RM10 duit dari hasil titik peluh kita. Nescaya hidup makin berkat, rezeki makin dekat.”
Aku hanya mampu mengangguk kepala tanda setuju. Sesungguhnya apa yang Alang kata dan cerita itu benar belaka.
Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja. Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda.
Malah, melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka. Sungguh!
Puaka Bersekutu
#MFS
-Renungan pagi Jumaat.


Saving on Classic Car Insurance The traditional car insurance service was designed to protect car owners who drive, on daily basis, regular and common cars. On the other hand, classic cars are very different from regular cars and this makes their insurance different. It is a statement of fact that most classic car owners do not drive their cars daily. They use these cars when they have important meetings, show and exhibitions. This gives classic vehicles their yearly low mileage reputation. Note that these cars need more basic insurance protection since they are only driven once in a long while; hence they are some times cheaper to insure than newer and more regular cars. However, it is also true that the parts of classic vehicle are more difficult to get and replace in the event of an accident or theft. This makes a lot of insurance companies' advice their owners to keep their cars in a locked garage all the time. This is one sure way they are sure would reduce claims on these rare vehicles. Classic cars have the reputation of appreciating in value over time; this makes it actually difficult to conclude on their true worth. Also, because of the customization they get from their owners, it becomes mandatory that they are properly insured. One very wise way to save on insurance as a classic car owner is to cut the overall insurance on the car to fire and theft only. This works well since it covers your automobile when you are out driving on those special events and occasions that you only use the car for. Get Free Professional Help on Classic Car Insurance and Save! Where To Get This?


EmoticonEmoticon