Benarkah orang Islam menyembah Ka’abah ketika bersolat ?


Anda hanya menyembah sesuatu jika sesuatu itu anda anggap sebagai tuhan atau wakil tuhan yang layak disembah.
Semata-mata menghadap ke arah sesuatu tidak bermaksud anda menyembah sesuatu.
Jika anda bersembahyang dan ketika itu terdapat kerusi di hadapan anda adakah boleh dikatakan anda sedang menyembah kerusi ketika itu? Jika pelajar-pelajar di sekolah diarahkan untuk menghadap ke arah bendera Malaysia pada waktu perhimpunan, adakah itu bermakna mereka menyembah bendera itu? Jika askar-askar diarahkan menghadap serta memberikan tabik hormat kepada raja mereka adakah itu bermakna mereka menyembah raja itu?
Jawapannya adalah tidak, melainkan jika kita beriktikad kerusi, bendera dan raja yang berkenaan adalah tuhan, atau perantara kepada tuhan atau mempunyai keunikan dan kekuasaan tertentu yang menyebabkan kita memujanya sebagai tuhan.
Jika anda bertanya kepada orang-orang Islam (termasuk dari kalangan budak-budak kecil yang belum bersekolah) tentang Kaabah, tidak ada seorang pun daripada mereka yang akan mengatakan bahawa Kaabah adalah Tuhan. Sebaliknya mereka mengatakan Kaabah adalah kiblat. Mereka, sejak daripada kecil lagi, mengetahui perbezaan antara Tuhan dan kiblat: Tuhan adalah Allah dan Dia merupakan kuasa yang disembah, dan kiblat adalah arah (direction). Kiblat berasal dari huruf Arab qabila dan aqbala yang bermaksud, “to turn forwad, to turn to”, iaitu, “menoleh ke hadapan, menoleh ke arah sesuatu”.
Kiblat mengikut Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic (Macdonald & Evans Ltd, London, 1974) bermaksud, “Direction to which Muslims turn in praying,” iaitu, “(Kiblat ialah) arah hadap orang Islam ketika bersolat”.
Oleh sebab Kaabah adalah kiblat dan ia hanya merupakan arah dan bukannya tuhan yang disembah, umat Islam tidak pernah membuat patung Kaabah untuk disimpan di rumah atau di masjid. Patung Kaabah juga tidak pernah diletakkan di hadapan umat Islam ketika mereka bersolat. Mengapa? Sebab ia tidak penting kerana yang disembah hanyalah Allah dan bukannya Kaabah.
Hal ini berbeza dengan penyembah patung-patung berhala dalam agama lain. Mereka membuat patung berhala dan mengiktikadkan patung itu sebagai tuhan, wakil tuhan atau mempunyai unsur-unsur ketuhanan. Mereka meletakkan patung itu di tempat yang tinggi lagi mulia. Mereka menghadap ke arah patung itu untuk menyembahnya.
Umat Islam tidak pernah menjadikan patung-patung Kaabah sebagai alat sembahan. Bagi umat Islam Kaabah ialah satu bangunan kecil empat segi yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Ia terletak dalam Masjidilharam di Mekah. Apabila umat Islam melaksanakan solat secara beramai-ramai atau berjemaah (congregation), cuba bayangkan jika setiap individu menghadap mengikut arah masing-masing secara sesuka hati.
Apakah yang akan terjadi pada solat itu? Sudah pasti solat berjemaah itu menjadi kucar-kacir dan tidak teratur sekali gus boleh menimbulkan pelbagai masalah. Islam mengawal kepincangan ini dengan menyuruh umatnya menghadap kepada arah yang satu ketika bersolat dan dengan itu mendidik mereka tentang kepentingan perpaduan berasaskan ibadah di samping mendidik mereka agar berdisiplin dalam hidup.
Justeru Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 144, “Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya (ketika bersolat)”. Cuba amati ayat ini. Yang disuruh oleh Allah ialah memalingkan muka ke arah Kaabah yang terletak dalam Masjidilharam ketika bersolat untuk melahirkan keseragaman dalam beribadah. Dalam ayat ini Allah tidak sedikit pun mengarahkan umat Islam agar menyembah Kaabah.
Tambahan daripada itu, di musim haji, Kaabah dan Masjidilharam menjadi tempat tumpuan kerana umat Islam akan berhimpun di sana untuk melakukan beberapa ibadah seperti tawaf, sai, wuquf dan sebagainya. Seperkara yang menarik ialah, ketika umat berada di hadapan Kaabah, antara doa dan kalimat yang mereka lafazkan ialah, “Kami datang wahai Allah kami datang (untuk melaksanakan perintahmu). Kami datang, dan tidak ada sekutu bagimu. Sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat serta kekuasaan hanyalah bagimu. Tidak ada sebarang sekutu bagimu Allah”.
Cubalah anda amati. Ketika berada di hadapan Kaabah umat Islam berkata, “Tidak ada sebarang  sekutu bagimu Allah”. Ia bermaksud di hadapan Kaabah mereka diperingatkan agar tidak menyekutukan Allah. Menyekutukan Allah bermaksud mewujudkan tuhan-tuhan yang lain di samping Allah, atau mewujudkan wakil-wakil bagi Allah, atau menjadikan makhluk sebagai alat sembahan dan pujaan, atau menganggap Kaabah mempunyai kuasa seperti Tuhan.
Justeru patung-patung berhala yang wujud dalam agama lain tidak sama sedikit pun dengan Kaabah dalam agama Islam. Patung berhala dipuja dan disembah sedangkan Kaabah bukan objek untuk dipuja dan disembah. Ia hanya merupakan arah.


Sumber : Dr Danial
3 Things to Consider Before Buying Cheap Car Insurance When seeking cheap car insurance, don't only go for the lowest price. Online car insurance comparisons will list providers according to how much they charge as well as the amount of coverage you'll receive. But even these two factors aren't enough to make a decision. Here are three things to consider before buying cheap auto insurance. 1. Is the provider rated well in its finances? Insurance providers are rated by rating organizations such as Standard & Poor and A. M. Best. These ratings are not designed to show how a company fares in customer service or any other aspect of the business. They merely reveal a provider's financial stability. Financial stability is directly related to how much money will be available to fulfill claims. If a provider receives more claims than it can handle, the customers will suffer and the provider may have to go out of business. When doing an online insurance comparison, look for cheap car insurance only from companies with a B rating or better. You can easily find out a company's rating using a Google or Yahoo! search. 2. Customer Service Fly-by-night providers that offer cheap insurance might promise the moon when you sign up for your policy. But when you really need their help (such as to file a claim), you'll have trouble getting assistance. Study a company's customer service ratings through Better Business Bureau and your state's Department of Insurance website. Ask for feedback in popular consumer car insurance forums to find out if others have had a good or bad experience with the company. This can help you find a cheap auto insurance policy without sacrificing good service. 3. Discounts Cheap car insurance can be obtained if you can find a provider that offers discounts. Discounts can be for a number of student grades for young drivers, home ownership, clean driving record, driver's training school, safety features and anti-theft devices for your vehicle, etc. Some discounts will save you as much as 15 percent off your premium, so it's worth looking into! Use a free insurance quote site to begin your search for the right provider. Enter information to help the quote site determine what type of policy will best suit you. Many sites will only ask for basic information (driving record, type of vehicle, your age, marital status, etc.) Never enter your social security number or banking information. These are not required to simply obtain free car insurance quotes. Once you receive quotes from various companies, use the list above to make sure the company is trustworthy and dependable. The key to finding the right cheap insurance is to research each company. Learn about the background of each and how well the companies treat their customers (before and after claims). Taking your time to compare several good companies will enable you to find cheap car insurance to suit your needs.


EmoticonEmoticon