Pada zaman
sekarang ni,kereta bukanlah satu kehendak tapi boleh dikatakan sebagai
keperluan bagi setiap keluarga.Paling penting kereta dapat memudahkan urusan
kita jika hendak ke satu tmpat ke satu tempat yang lain,lebih-lebih lagi pada
jarak yang jauh.
Paling
penting bila sudah memiliki kereta penjagaan berkala perlu di titikberatkan
supaya kereta dapat berfungsi dengan baik.Tapi biasalah ada kala kereta akan
“meragam” minta tuannya untuk buat servis tambahan.
Begitulah
jugak kisah yang dikongsikan oleh saudara Hamdan Abdul Manan yang
mengalami kerosakan “power window” pada kereta beliau.Jom Ikuti kisah beliau
A portrait
of windows controls and adjustments. Car window controls
“Aku nak
viral bengkel melayu ni biar semua org tahu apa yang aku alami. Semalam aku
hantar kete kat bengkel ni untuk repair power window yang tak function. Bengkel
ni nampak sebok banyak kereta dan pomen tu cakap tak sempat siap sebab dah
lewat.
Aku terpaksa
tinggalkan kereta dekat bengkel sebab power window dah turun tak mau naik
semula. Takut kena banjir bila hujan turun terpaksa aku balik rumah naik grab.
Arini aku
datang bengkel tengok diorang dah bg barai pintu kereta aku. Pastu pasang balik
siap semua pomen terus bagi kunci kerete kat aku. Dah siap katanya. Aku tanya
berapa kos?
MasyaAllah
dia cakap, TAK PAYAH BAYAR.a.k.a PERCUMA Takde apa yg rosak dan diganti, pomen
tu cakap cuma wayar switch longgar dan dia pasang balik bagi ketat jer.
Kalau kedai
lain kompom kena PAW paling kurang 30-40 hengget sebab buang masa dia buat
kerje, upah PARKING satu malam dalam bengkel lagi. MashaaAllah terbaik bengkel
kereta Ni.So Aku menyeru Tolong la support bengkel orang kita, masih ada lagi
yang jujur diluar sana.
Ni lokasi
bengkel yang saya maksudkan.
FZ Auto Pro Servis
4, Jalan Utama 2/12, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
03-8068 5479
https://maps.app.goo.gl/G21SP
FZ Auto Pro Servis
4, Jalan Utama 2/12, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
03-8068 5479
https://maps.app.goo.gl/G21SP
Sumber: Hamdan Abdul Manan
Berilah Duit
Pada Mak Ayah Walaupun Sedikit, Kesannya Rezeki Melimpah, Hati Lebih Tenang
& Hidup Tambah Berkat
Pagi Jumaat
penuh barakah ini aku nak berkongsi satu kisah benar. Kisah yang seorang kawan
baik aku sampaikan sendiri pada aku. Tentang keberkatan duit dan hidup.
Aku namakan
kawan aku ini Alang saja.
Alang kerja
kerajaan. Namun bukanlah gred besar. Bukan tahap degree, master atau yang lebih
tinggi. Lulusan diploma sahaja.
Tahun
pertama dia kerja, sedikit duit gaji disisihkan untuk mak dan ayahnya. Padahal
masa tu, gajinya tak sampai pun seribu. Dia hantar rm100 sebulan. Rm50 untuk
ibu, rm50 untuk ayah. Begitulah rutinnya setiap bulan. Walau mak ayah dia bukan
orang miskin, namun tetap dia hantar juga. Malah, pencen ayah dia sendiri 4x
ganda lebih mahal dari gaji dia.
“Aku tak
mampu beri banyak. Sedikit pun aku tetap kirim juga. Bukan sebab mereka nak
duit aku. Mereka tak minta pun.
Tapi aku nak
mereka rasa juga hasil titik peluh aku. Selama ini, mereka tanggung aku.
Sekarang, aku dah kerja. Aku nak mereka rasa juga. Lagi pun, kalau ikut adat,
umur mereka berapa lama sahaja lagi. Berapa lama sahaja lagi mampu aku berbakti
dan menghargai.”
Itu yang
Alang sering ucap bila orang tanya kenapa dia masih kirim duit setiap bulan
pada ibu dan ayahnya kerana ayahnya boleh dikatakan seorang yang berada juga.
Rasa
kehidupan semakin sukar.
Sampai satu
masa, Alang kahwin. Bebanan hidup berkeluarga mula dia rasa. Sewa rumah tidak
lagi dikongai dengan rakan bujang, semua atas bahu dia. Segala bil-bil, ansuran
kereta, bebanan pinjaman peribadi dan sebagainya; dia kena fikir dan lunaskan.
Meski pun isteri Alang pun bekerja, namun kehidupan memang agak sukar
memandangkan kos sara hidup yang tinggi.
Sejak itu,
Alang mula berhenti kirim duit pada ibu dan ayahnya. Dia mula fikir tentang
keluarga sendiri, tambah-tambah isterinya mula mengandung. Makin banyak nak
guna duit. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun berlalu. Walau
gajinya dan isteri sentiasa meningkat setiap tahun, namun bebanan kewangan
makin lama makin berat. Anak-anak makin bertambah, bebanan hutang pun begitu
juga.
Alang bukan
lupa nak kirim duit pada mak ayahnya, dia nak tunggu kewangan dia stabil dulu.
Namun tak pernah stabil, makin merosot adalah. Gaji bersih dia hanya tinggal 3
angka sahaja selepas tolak semua bebanan. Sedangkan gaji kasar dia masa tu dah
melebihi RM3000. Dengan baki tiga angka itulah dia nak survive sebulan di kota
raya. Memang tenat la kan?
Sehinggalah
suatu hari, dia renung dalam diri. Bermonolog sendirian.
‘Kenapa
hidup aku sukar. Makan cukup-cukup sahaja. Baru ada lebih sikit, banyak pula
benda perlu guna duit. Aku dulu, walau gaji kecil tetapi tidak rasa setenat
ini. Tidak rasa sesesak ini walau masa tu gaji tak sampai seribu. Agaknya dulu
hidup aku lebih berkat. Agaknya berkat aku istiqomah kirim duit pada orang
tua.’
Alang nekad,
biar dia makan nasi lauk kicap sekali pun, dia akan kirim duit belanja pada ibu
dan ayahnya di kampung. Walau ibu dan ayahnya tidak meminta-minta, walau
kehidupan ibu dan ayahnya jauh lebih senang dari dia. Alang nekad kirim duit
seratus untuk ibu, dan seratus untuk ayahnya setiap bulan. Gaji bersih dia selepas
kirim duit belanja pada orang tuanya hanya sekitar RM700 sahaja.
Awalnya, si
ayah menolak. Dia tahu anaknya sesak. Lagipun, pencen dia sendiri tak habis nak
makan. Anak-anak lain lagi kirim duit belanja.
Tapi Alang
mendesak.
“Ayah. Ibu.
Terimalah duit Alang. Biarlah sedikit, biar pun duit ayah ibu jauh lebih banyak
dari duit Alang, namun Alang nakkan keberkatan hidup. Rasa dan gunalah duit
hasil titik peluh Alang,” katanya pada kedua orang tua.
Bertahun-tahun
lamanya dia tidak mengirim duit. Semenjak dia kahwin dan punya keluarga.
Kononnya sebab untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga pun semput-semput. Namun kali ini dia tekad, semput pun dia nak juga kirim.
Kononnya sebab untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga pun semput-semput. Namun kali ini dia tekad, semput pun dia nak juga kirim.
Walau
duitnya tidak banyak, malah terkadang terpaksa berhutang sementara tunggu gaji
masuk, hidup Alang terasa makin tenang. Terasa keberkatan hidup mula muncul
sebaik mengirim semula duit belanja kepada orang tua.
Apa-apa
masalah yang tidak dijangka, yang tidak mampu dia selesaikan memandangkan duit
poket pun tidak cukup, Allah hantar orang lain bantu. Motornya rosak orang lain
bagi pinjam tanpa diminta. Masalah tempat kerja, ada sahaja datang bantu
selesaikan.
Beberapa
bulan selepas istiqomah kirim duit belanja pada ibu ayah, rezeki Alang mula
mencurah. Satu demi satu idea dan lubang buat duit seolah terhampar di depan
mata. Allah buka lubang rezeki lain sebaik sebahagian duit gajinya diberi pada
ayah dan ibu. Rezeki yang berganda-ganda mula masuk. Di situ Alang dapat rasa
dengan jelas betapa berkatnya mengirim duit belanja pada ibu dan ayah.
Rezeki
datang tanpa diduga.
“Cikgu. Aku
dulu selalu sangka bila kirim duit pada ibu ayah aku akan makin sempit.
Maklumlah gaji kecik. Namun jika kita ikhlas, jika terus menyantuni orang tua,
sebenarnya hidup kita lebih berkat. Yang sempit itu Allah lapangkan. Yang sukar
itu Allah mudahkan. Rezeki yang jauh itu Allah dekatkan.
Janganlah
sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu
dan ayah itu menjadi beban pada kita. Jangan! Kira-kira Matematik pasti
menunjukkan duit kita makin berkurangan, namun kira-kira Tuhan melalui
keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza.
Jika masih
ada orang tua, kirimlah duit belanja buat mereka walau mereka itu jutawan
sekalipun. Bagi mereka rasa walau RM10 duit dari hasil titik peluh kita.
Nescaya hidup makin berkat, rezeki makin dekat.”
Aku hanya
mampu mengangguk kepala tanda setuju. Sesungguhnya apa yang Alang kata dan
cerita itu benar belaka.
Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja. Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda.
Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja. Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda.
Malah,
melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka. Sungguh!
Puaka
Bersekutu
#MFS
-Renungan pagi Jumaat.
-Renungan pagi Jumaat.
Sumber : Mohd Fadli Salleh via Baituljannah
Saving on Classic Car Insurance
The traditional car insurance service was designed to protect car owners who drive, on daily basis, regular and common cars. On the other hand, classic cars are very different from regular cars and this makes their insurance different.
It is a statement of fact that most classic car owners do not drive their cars daily. They use these cars when they have important meetings, show and exhibitions. This gives classic vehicles their yearly low mileage reputation. Note that these cars need more basic insurance protection since they are only driven once in a long while; hence they are some times cheaper to insure than newer and more regular cars.
However, it is also true that the parts of classic vehicle are more difficult to get and replace in the event of an accident or theft. This makes a lot of insurance companies' advice their owners to keep their cars in a locked garage all the time. This is one sure way they are sure would reduce claims on these rare vehicles.
Classic cars have the reputation of appreciating in value over time; this makes it actually difficult to conclude on their true worth. Also, because of the customization they get from their owners, it becomes mandatory that they are properly insured.
One very wise way to save on insurance as a classic car owner is to cut the overall insurance on the car to fire and theft only. This works well since it covers your automobile when you are out driving on those special events and occasions that you only use the car for.
Get Free Professional Help on Classic Car Insurance and Save!
Where To Get This?
EmoticonEmoticon